WELCOME FRENS...!!

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saye budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

di dalam 'kami mahu kahwin' saya cuba menghimpunkan artikel yg berguna,
di samping catatan peribadi tentang persiapan perkahwinan saya
dan juga perkara2 'indah' yg berlaku dalam hidup saya

'kami mahu kahwin' ini juga di bina utk menyakinkan diri saya sendiri bahawa
saya akan berkahwin pada tahun ini..

macam tak percaya...*wink*

semoga saya akan berusaha lebih keras...!!!
chayookk..

Tuesday, June 29, 2010

Saya yg excited!

Saya yg excited..hihihi..
Mau kawen lepas raya nnt..sgt advance bukan?

Tihihi..
Dan mostly of my ofifcemate rasa seperti tak percaya..
N mereka juga tumpang gembira..=)

Sbb..
Saya paling kurang berbicara (atau dlm kata lain memang tak pernah nk pikir pun..) dlm agenda tunang/nikah/kahwin..
Alih2 saya membuat pengakuan bahawa saya bakal berkahwin tahun ini..yeay!

Berdebar tak?
Sungguh..saya belum rasa berdebar
Mungkin sbb blm setelkan borang nikah dan sewaktu dgn nya kut?


Tapi yg pasti saya sgt excited sekarang..

Oh yer..pasal andaman saya sudah book..
SO sekarang adalah misi mencari warna dan tema yg sesuai utk persandingan nnt..

Nnt okeh kita ceria pasal andaman..

Lalalala...

Saturday, June 26, 2010

Veil?

Saya blm decide selain baju bersanding, baju kedua tu mcm mana rupa/design nye...
tapi bile saya jatuh hati pada ini


maaacaaam jatuh hati...laaa...
hehe..so 'bende'ni sesuai dgn baju gaun kan?

or ade org buat tak baju nikah pakai 'veil' kontot ini? buakn veil panjang yg selalu org buat tu..

logik tak kalau saya mahu buat mcm tu?

tihihhihi....

Friday, June 25, 2010

Dialog tentang hantaran

saya berbangga dgn hantaran kepada pihak lelaki yg telah saya buat..simple n nice..mybe takde unsur2 X Factor atau Wow feeling tapi saya masih boleh berbangga dgn hasil tgn saya yg hanya mengambil masa 1 minggu utk beli/cari barang, dan 1 minggu utk deko dulang bersama hantaran..sgt maraton ok.. =)

(internet di kg sgt slow..nnt la saya load pic hantaran)

oh..ini dialog tentang hantaran...

sepupu saya, seorang guru, juga seorang penggubah hantaran..berkata:
...cantikla bunga kat hantaran ni..mcm bunga fondant yg selalu kat kek tu..rasa nk makan..

seseorang seperti beliau ckp mcm tu? oh tentu rasa sgt best kan? tak sia2 saya pilih bunga itu..(oleh sbb susah nk cari bunga2 tu jual sekuntum, so saya beli bunga telur, dan saya strip bunga,daun,sarung telur,riben..hasilnya bukan dapat a bunch of ala~ala fondant flower..plus with riben for the deko..suke suke!)

kawan skolah menegah saya, saya cuma sekolah kat sekolah tu tak sampai setahun...tapi till now saya masih contact dgn most of clasmate saya..

....oohh..kau buat hantara ni semua sendiri yer?
alah..senang je ni..takat susun2 pastu letak2 bunga sbg hiasan..ikat riben sikit...
sape pn boleh buat lah....

hah..! best tak bile dapat ayat tu sebelum majlis sarung cincin? saya rasa kalau org lain memang dh paku/hentam balik ayat budak tu habis2san..tapi sbb saya memang kenal dgn peel 'kawan' saya ni..iaitu mulut lepas...(saya dh biasa di kelilingi mereka yg mcm tu)...tapi mulut lepas budak ni ade extra sekali iaitu 'ayat menjatuhkan'...hah kalau tak cekal hati mau kamu nangis kat situ jugak..yela majlis dhnak mula n kawan kamu ckp 'benda tak best' pasal hantaran kamu..oh gila!

memang realiti nya saya just prepare a bunch of flowers, beli kotak/dulang kayu yg berwarna coklat, prepare riben..n finally in 1 week saya cuma deko/gubah/susun hantaran sehingga siap..

so saya admit kata2 member saya tu..sbb memang itu yg berlaku...(saya rasa penggubah hantaran lain pn buat benda yg saya juga kan?)
tapi sebelum agenda susun dan letak itu berlaku
ade few thing yg must be prepare

first thing first , kene beli dulang/kotak hantaran..(igt ye..beli pakai duit bukan air liur..gulp)
riben sbg deko hantaran..n utk riben saya just spend around RM20

n the best part

a bunch of flower = kamu tahu kalau beli a bunch of flower kecil yg dah siap di ikat sejambak (ade 3 kuntum bunga) harganya ialah RM3.90 di air hitam..n please take note..ia adalah bunga kertas..bukan ala~ala bunga fondan yg mcm saya mahu..let say mahu beli bunga kertas ini sepuluh bunch..the price is RM39 ok!

so kamu nk tau berapa price bunga ala~ala fondant saya tu?

saya beli bunga telur (yg biase org letak telur sbg isi goodies beg tu)..3 kotak berharga RM50, satu kotak ada 100 kuntum bunga..so dgn RM50 saya ada 300 kuntum bunga...saya strip bunga telur ni..hasilnya saya dapat bunga dan riben..1 bunch of flower saya perlukan 5 kuntum bunga, so sekarang saya ada 60 bunches of flower..tapi bukan pakai semua pun dalam hantaran saya..saya maybe pakai dalam tak sampai separuh pun...
so jumlah perbelanjaan saya mungkin dlam RM25 sahaja..utk sesuatu yg saya nak dan saya puas hati..

kalau kamu kamu mahu yg mana?

kamu nampak sebiji nasi..
~ala nasik je...
kamu ada fikir nasi itu datang dr hasil titik peluh petani?

oh saya sudah lapar!

Friday, June 4, 2010

FairyTale

Kamu semua pernah dengar lagi Fairytale by Taylor Swift?

Logik tak kalau saya mahu lagi itu di mainkan selepas selesai pembacaan doa dan majlis pernikahan saya nanti?

Boleh terima ke?

Then, kami akan menari bersama sama (oh part yg ini dh western sgt ni..)

BESST....

REEN CHECKLIST

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)

Wang tanda (hantaran)

Baju sepasang atau kain

Buah-buahan

Kuih-muih

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:

Cincin berlian

Sirih junjung

Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki:

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

Membeli cincin kahwin.

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

Cincin / gelang tangan / rantai.

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.