WELCOME FRENS...!!

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saye budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

di dalam 'kami mahu kahwin' saya cuba menghimpunkan artikel yg berguna,
di samping catatan peribadi tentang persiapan perkahwinan saya
dan juga perkara2 'indah' yg berlaku dalam hidup saya

'kami mahu kahwin' ini juga di bina utk menyakinkan diri saya sendiri bahawa
saya akan berkahwin pada tahun ini..

macam tak percaya...*wink*

semoga saya akan berusaha lebih keras...!!!
chayookk..

Friday, March 26, 2010

Handmade Soap

Saye dapat satu idea semasa berbual dgn encik google..

Saye plan nk bg handmade soap utk goodies nnt..

Senang dan tak membazir

Saya plan nk buat sendiri 'handmade soap' tu

Saya dh mintak quote utk classes 'handmade soap'

I hope they reply me asap, along with the schedule...

(saya juga plan nk buat bisnes dgn handmade soap ni..market di malaysia tak ramai yg buat)

Chayokkk...!!

P.U.R.P.L.E v2


saye berjaya cari baju kaler PURPLE dalam website ini, kamu bole klik gamba utk detail on this website. sorry mereka ini cuma memberikan perkhidmatan di sekitar selangor n area yg sewaktu dgn nya..kalau area lain kamu mgkin boleh deal price kalau kamu betul2 berminat..so utk sesiapa yg rasa frust..take ur time to blog'walkin here..just to cheer up and smile....

they got nice outfit....
simple n elegant..






purple..teringat kat mar..(member skol dlu)..seorang fanatik purple
last2 majlis sanding dia kaler oren..hehe dunno y..tak penah tanye

Monday, March 22, 2010

P U R P L E

Ok..smlm saya bermimpi..
saya memakai dress utk pengapit yg berwarna purple..
Saye try google dress warna purple tapi susah betul nk jumpe..ade pun copyright..(saye takut pulak nk copy paste pic tu di sini..)
Nnt la kalau ade saye paste di sini...

Then..saye ckp kat encik Bola..
Last nite saye mimpi something..
Saye mimpi pakai baju kebaya moden..cantik sgt...
(cerita yg diceritakan kepada encik Bola telah diolah supaya tak nmpk obvious saya ni 'gedik's sgt nk kawen)
N.. respon dia..  ".~~~Haa..dh dekat la tu..."...cesss...
Dah agak....nasib saye tak stori kisah sebenar..kalau tak lagi dia naik menggedik/berbulu ayam/over acted n excited..ntah ape2 lagi la....

N guess what..!!
Saye ckp : Sile teka baju tu kale ape...
Encik Bola : Purple la...
Saye terbeliak biji mata..

MACAM MANA BOLE BETUL PULAK DIA TEKA....??? 

kebaya..simple n elegent...

Sunday, March 21, 2010

Goodies

Semalam pegi Melaka..pegi resepsi ofismate..pasangan Azran and Atifah...
n pastu saye n da geng of all single ladies pergi meyusuri Jonker Walk..tempat harus bila sampai Melaka..

So i found this thing..pic ni sebenrnye tempat letak gambar (kat belakang vespa itu ada tiang kecil utk holder pic)

Saye ade beli keychain design vespa n basikal...tapi blm sempat amek pic utk load di sini..pic ni saye amek time menyusuri Jonker Walk tu dgn Canon Eos saye..(nasib lense ade cover..kalo tak memang ranap time dok betolak2 kat Jonker Walk tu)

Saye rase best utk kalau goodies beg saya sertakan soveniour yg mcm ni..entah eh..bg saye/sesetengah org vespa itu lambang antik/unik...

Contohnye..saye tanye encik Bola..nk keychain basikal atau vespa..pantas je dia jawap vespa..!! haa..kan i noe it..!!

Opss...location utk entry ini agak jauh sedikit dr Johor..iaitu Melaka..ini cuma satu opsyen kalau kamu ada kelapangan utk pergi Melaka..but if you can find this thing at Johor..why not u tell me?!!..*wink*

( ps; encik Bola = encik buayeboyfen
nama telah bertukar sbb last 2 week saya merajuk besar dgn dia..hahaha)

bile call mama..
mama suroh cat bilek + kikis dinding yg dh cabuk tu
erk..malasnye..saye nk upah org bole?

Tuesday, March 16, 2010

Panduan Hiasan Bilik Pengantin

Wahh..saya temui sesuatu yg sgt best.
Artikel ni saya ambil dr blog
Credits for the writer..harap kamu tak marah saya copy di sini...
Sbb saye rasa ini sgt sgt sgt sgt berguna...

Enjoy k..!!

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu idea menghias bilik pengantin.
Apa yang kita mahukan ialah, bilik pengantin yang selesa, cozy, ekslusif dan ada elemen romantik. Saya akan gunakan gambar di bawah sebagai panduan,
tetapi kita akan ubah sedikit supaya ia sesuai untuk dijadikan bilik pengantin.
luxury-bedroom-with-labels-copy.jpg
  1. Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki)
  2. Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  3. Anda perlukan 4 biji bantal (2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling
  4. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  5. Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dll.)
  6. Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih “real”) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.
  7. Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.

lalala~~ bilek saye blm pasang siling
bile nk pasang niee....

Monday, March 15, 2010

Katil

This week kite pergi cari katil bole?

Encik buayeboyfren ckp 'OK'


lalala...kalau utk tunang kaler ni memag macthing kan?

Engagement

encik buayeboyfren kate 'kite memang dh tunang la sayang'

saye kate 'ala,reen nk tunang jugak..bt majlis biase je'

what he mean by 'kite memang dh tunang la sayang'  ialah relationship kami sudah sekian lama n sgt lama..saye memang tak pernah kira year anniversary tapi seingat saye around 4 tahun kami sudah berkawan sbg pasangan bahagia..chewah..

so when his mum dtg merisik n saye terima cincin risik... dia beranggapan 'kami dh konfem'
~~memang lelaki cepat perasan over eh? (ops..sini bukan tempat mengkondem sesiapa)
 hehe..nope..just saye bukan tanak cume saye ade sedikit shock n konfius pada waktu itu..
sbb itu cuma merisik n kepala saya keluar byk tanda soal besar dgn ayat ;what should i do? 

ops..lagi2 meluahkan perasaan..
okey okey..

smlm..encik buayeboyfren ckp nnt 23hb kite selesaikanla...
huhu i dunno what he talking bout
but i smell something fishy..

woi woi..
besday reen 27april..ape kene mngena dgn 23 hb?

haaa...kite tunang la ye..

ERK...

(suda ngntok..nnt sambung engagement part2)



pstt pstt..saye suda ade baju utk tunang....*wink*

Bila?

Kisah bermula apabila dgn seloroh nya saya menyatakan bahawa tarikh 10/10/10 itu canteekkk..

Lalu beliau berkata..ok la..
Laling..jom kite kahwin...?

Haaaa????

(kunun buat2 terperanjat..sbb kami memang plan utk kahwin cuma saye sendiri tak pasti sbb kedua-dua belah pihak sekarang cuma sedang menunggu kata putus saya utk 'bila' boleh berlangsung...)

(ok saye sangat jahat bukan? sbb biar semua org tggu saye bt keputusan?)

(saye tak perfect tapi saye cuba menjadi perfecto)

(so saye mahu kehidupan saya stabil dulu sblm menjaga kehidupan org lain)

(nampaknya encik tu pn suda beria-ia dgn tarikh ini)

(terpakselah saye seimbangkan kehidupan saya dgn future life saye secara paralel)

(kamu paham bukan?)



lalalalala~~

REEN CHECKLIST

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)

Wang tanda (hantaran)

Baju sepasang atau kain

Buah-buahan

Kuih-muih

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:

Cincin berlian

Sirih junjung

Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:

Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki:

Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)

Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)

Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

Membeli cincin kahwin.

Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Membeli barang kemas

Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

Cincin / gelang tangan / rantai.

Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)

Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.